Monday 30 December 2013

Souvenirs - Singapore


Sambung balik cerita Singapore ok. So selepas buat beberapa siri bacaan dan research        (cheewah padahal type kat Google je pun. Thank you Google !), kebanyakkannya mengatakan bahawa kalau nak beli ole-ole or souvenirs, sila la beli di Chinatown. Sebagai GPS bagi trip kali ini, gigihla aku men-google pulak cara-cara nak pergi ke Chinatown. Naik mrt je, senang, pantas dan murah. Lagipun kan ada tourist pass, rugila kalau tak guna kan..




MRT yang berhampiran tempat tinggal kami berdua adalah di Nicoll Highway (yang warna pink tu). Untuk ke Chinatown (yang bulat hijau) kami kena tukar train di Dhoby Ghaut. Senang je kan. 



Inilah dia Chinatown, Singapore. Kebanyakkan kedai kat sini jual souvenirs. 90 % la kot kalau nak lebih saintifiik. Ada keychain, T-shirt macam-macam la lagi. Banyak pilihan ok. Kalau nak beli banyak, boleh bargain. Main target kami memang nak memborong pun, sebab kawan husband aku ramai yang memesan t-shirt. Kami dah stand-by siap-siap backpack senang nak bawa barang. Heee.

Bila dah sampai tempat shopping macam ni, gambar pun lupe nak tangkap. Sibuk nau membeli macam mak-mak. Hahaha. ampun..
Yang penting korang dah tau kat mana nak cari souvenirs murah kat Singapore kan. Tercapailah objektif aku. Hehe. Selamat bershopping !

Friday 6 December 2013

Singapore Part II

Hari kedua di Singapore di mulakan dengan lawatan ke Istana Kg Glam. Tak jauh pun dari tempat tinggal kami. Boleh jalan kaki je. Disebabkan hari ni hari jumaat, so jalan dekat-dekat dulu. Lepas solat Jumaat baru bole jalan jauh sikit.





Masuk kena bayar, tapi tak mahal mane pon. Berbaloi la masuk sini macam-macam info tentang malay di Singapore pada zaman-zaman dahulu. Muzium ni sangat interaktif dan moden, so korang tak sempat nak rase boring or menguap berkali-kali ( aku la tuh).


Korang bole la try aktiviti yang ade. Menarik jugak.




Kalau nak dikenang nasib Melayu di sana, sedih...Somehow, terjumpa sorang pakcik ni. Dia tanya dari mane? Bila jawab aje Malaysia dia pesan, " harap2 Malaysia tak jadi macam ni.."

 Ada mini cinema dalam ni. Waktu ni takde orang pon,so kami buat macam rumah sendiri. hehe.

 Lagu bahtera merdeka pun ade. Sayu je dengar.


 Buku-buku lama dalam bahasa Melayu.



abaikan my ehmm..ehmm..chubby face. hehe.


Kalau ada kelapangan visit la muzium ni. Rugi kalau tak singgah sebab kat sini la antara muzium warisan Melayu yang ada di Singapore. 

Thursday 28 November 2013

5footway.inn Project Bugis, Singapore

Previous post ade aku ceritakan tentang tempat penginapan aku dan husband di Singapore iaitu di 5footway.inn Project Bugis. Berdasarkan readings dan research yang telah dilakukan, (cheewah) aku decided untuk duduk sini untuk 4 malam. Kenapa? Firstly lokasi die best. Senang nak cari makan. And yang penting dekat dengan MRT.

Bagi aku 5footway.inn Project Bugis ni not bad. Breakfast pon disediakan, Tapi style backpackers hostel la. Ade roti, cereals with milk and hot drinks (milo, cappuccino, mocca). Kalau habis, don't worry nanti dorang akan top up balik.



not bad kan dining area/ pantry ni. Konsep open air.

Kat sini ade wifi free sampai ke dalam bilik. Dekat area lobby, ade disediakan tv kalau korang nak tengok la. Macam aku memang tak sempat kot. Balik bilik terus pengsan je. haha. Ade 2 PC yang gedabak juga untuk korang nak internet surfing. Free of charge je. 

Deco kat sini pon cute2 je. I like !!!

Nak sewa basikal pon bole. Tapi rate x sure la.

Aku booking tempat ni kat Hostelworld.com. Rate masa hari tu adalah SGD 108 per night. Ok la kan, bilik pon selesa and privacy. So sesiapa yang nak pergi Singapore bole la try duduk kat sini ok !!

Wednesday 27 November 2013

Singapore Part - 1

On January 2013, aku and Penn pegi makan angin ke Singapore bersempena dengan 1st wedding anniversary kami ! Wehuuuu..


muka excited

 Sampai-sampai kami terus ke sini :

Inilah tempat tido kami berdua di Singapore. Rate affordable la untuk kami yang nak stay banyak hari di sini. Memandangkan tempat ni ala2 backpackers hostel, aku decided untuk pilih bilik deluxe triple room.  Macam kat bawah ni. Ok la untuk kami yang chomel2 nie. hahaha.


 Memandangkan kami x bole check in lagi, so ape kata kita pi isi perut dulu. Oh sebelum terlupa, tempat yang kami booked ni location nye adalah di Aliwal Street, berdekatan dengan Arab Street. Kat sini senang la nak cari makanan halal plus ikut tekak melayu ( nasi la kan ). Hehe.

Untuk hari pertama, inilah pilihan kami untuk santapan.



 Rasa : Sedap la !! besar kot murtabak, penat nak habiskan.
Nasi biryani pon sedap. Portion pun besar!

Sepanjang kami di Singapore ni, most of the times memang akan naik train. So, kat Changi Airport tadi kami dah beli siap2 Singapore Tourist Card.

For more details bole baca kat web nie : http://www.thesingaporetouristpass.com.sg/

Next destination kami ke Mustafa Centre. Kami menapak je, nak exercise kononye. Sekali lenguh gila. huhu. Singgah Mustafa ni saja nak cuci-cuci mata je. Sabar dulu jangan kalut. Ada banyak hari lagi. hehe. Basically, Mustafa Centre ni ala-ala Mydin la, tapi version UP sikit. Barang-barang branded, especially perfumes ada jugak jual kat sini. Kasut crocs, nike, adidas pon longgok2 je. Clarks pun ade tau. Sesiapa yang datang Singapore, singgah la kat sini. Berbaloi-baloi !



To be continued...