Tuesday 15 September 2015

Jangan ke Lombok Part 1

Hari tu sambil tengok tv ada la sembang-sembang dengan hubby i'oll pasai tempat-tempat nak pegi vacay. Awal-awalnya nak pegi Bali tapi hubby kate why not kita try tempat yang orang jarang pegi lagi. Contoh macam boracay ka, bohol ka takpun lombok. Pling pling ( sound effect) LOMBOK macam best je. So ke Lombok la kita. Wehuuu.

Survey tiket masa airasia buat promo, untuk 2 orang return flight (KL - LOMBOK) RM 400 ++ rasenye. Ok la kot. Tapi ade je member baru ni booking tiket dapat lagi murah tapi travel next year. Ni ad hoc plan jadi layankan aje. 

Kami naik flight from PEN - KL a day before, and stay 1 malam di Tune Hotel KLIA2. Senang sebab esok nak catch flight pagi. Perjalanan ambil masa 3 jam. So we arrived in Bandara Lombok International at 11.45 a.m. Kami disambut oleh supir yang telah kami deal dari Malaysia lagi iaitu Pak Sahar. Sempoi Pak Sahar ni. Thumb ups la! 


First destination lepas landing mestila makan! Pak Sahar bawak kami berdua lunch dekat restoren yang dekat dengan airport. Antara restoren yang sedap katanya. Nasi Balap Puyung namanya. Kata Pak Sahar datang kat sini wajib try nasi balap puyung - nasi putih, ayam goreng dicarik-carik, sayur kacang panjang dan ubi disagat halus, digoreng garing. Sangat sedap tapi tapi tapi ade tapi ok, pedas bedesing. Fuhh! Pak Sahar suggest jugak order kangkung plecing - macam kerabu dan tauhu goreng. Tauhu kat lombok memang sedap & fresh, terbaik!

Lepas isi tank, baru syok jalan. Hehe. Destinasi seterusnya kami nak pegi Gili Trawangan untuk bermalam. Pak Sahar akan hantar ke Jeti untuk kami naik bot ke sana. Dari airport ke jeti ambil masa sejam setengah jugak la. 

Antara pekerjaan utama di Lombok adalah pertanian. Sepanjang perjalanan boleh nampak banyak ladang-ladang tanaman. Majoriti penduduk Lombok adalah Islam, so boleh nampak banyak masjid dibina di setiap kampung dan boleh dikatakan berdekatan jugak la. Sebab tu nama lain bagi Lombok ialah Pulau Seribu Masjid.



Dalam perjalanan tu terjumpa cowok ni meniaga tepi jalan. Tanya Pak Sahar cowok tu jual ape. Pak Sahar terus berhenti kereta and ajak kami try. Jomla kita. Rasa macam cendol, sedap! Murah pulak tu seringgit duit kita rasanya. Ke tak sampai. Tak ingat pulak.


Sampai kat jeti Pak Sahar pesan jangan beli tiket pada ulat. Beli terus di kaunter takut kena tipu. Tiket pula ada macam-macam ikut budget dan keselesaan. Paling murah naik macam bot tambang tu, bersesak sekali dengan ayam itik. Sederhana mahal pulak naik bot agak laju, tapi sedikit tenang dan tidak berebut. Paling mahal naik speed bot berdesup peginya dan lebih privacy. Ikut masing-masing la. Kami pilih yang sederhana mahal je, cukup selesa dah pun. Perjalanan dalam 15 - 20 minit. 

Sampai di Gili Trawangan, kami decide nak naik cidomo - gabungan cikar, dokar dan mobil. Gili trawang ni tak la besar mana tapi sebab kami pon tak sure hotel kami ni tang mana, so baikla naik cidomo aje. Oo lagi satu kat sini takda kenderaan bermotor langsung ok. Yang ada cuma cidomo dan basikal.


   Ok kita sambung next post ok. Tunggu..

Sunday 23 August 2015

Langkawi Day 2

2nd day kat langkawi dimulakan dengan pegi island hopping! Check out hotel then terus tunggu orang mai amek bawak pegi jeti. Korang boleh amek package kat booth yang bersepah kat Chenang ni. Kitorang ambil pakej dari Baron di jugak. Depan chalet je pon booth nye.

Island hopping selalunya start pagi and akan habis dalam pukul 1 pm. Enjoy!!!

 muke excited bila bot jalan. :)

Pulau Dayang Bunting. Nampak tak bentuk perempuan mengandung baring.

Dah sampai.. Jom mandi ! 

Bagi helang makan. Banyak helang kat sini.
Next pit stop sebelum balik ke Jeti is Pantai Beras Basah. Air sangat jernih, pasir pun halus je. Lepas habis island hopping, kitorang mandi, bersihkan badan, pakai wangi-wangi then pegi ke Jeti Pulau Rebak, tempat penginapan kami malam ni. Pulau Rebak ni macam private island jauh sikit dari mainland. Kena naik bot dalam 10-15 minit. Kat Jeti Pulau Rebak ni banyak orang-orang kaya parked yacht diorang. 
Ni la tempat tido kitorang malam ni, Vivanta by Taj - Rebak Island. Cantik ok tempat ni. Kira berbaloi gak beli kat groupon aritu. Hehe.




Bilik kitorang tingkat atas tu.
Minah salleh mane la ni.

Petang tu tak buat apa sangat just lepak-lepak kat tepi laut layan perasaan. Dari sini boleh nampak Pantai Chenang tau. Kat hujung tu ada macam pondok untuk sesiapa yang datang untuk berhoneymoon. Ala macam dalam cite Romantika tu. Boleh la nak candle light dinner kat situ.  Malam tu kitorang call room service je for dinner. Since kat sini private island memang xde choice la nak makan fast food ke, hawker food ke. Silap tadi sebelum naik bot tak tapau siap-siap. Nak tak nak siap je la duit untuk order room service.

Next day after breakfast, check out lepas tu pegi ke Pekan Kuah nak borong segala coklat sebelum balik Penang petang tu. Tamatla trip kami ke Langkawi. Ada rezeki datang lagi. Next trip to Lombok pulak. Tunggu..





Tuesday 3 February 2015

Langkawi Day 1

Pada 10 Jan 2015 me and my husband telah bercuti ke Langkawi. Yippie ! A great escape.. Kami menghabiskan masa selama 3 hari 2 malam di sana. Eventhough this is my...hurm 4th times kot ke sini, excited tu tetap ada ok! The last time was in 2008 rasanya.. 

Anyway, this was impromptu trip. Airasia ada buat cheap tickets and we decide to grab the chance. Langkawi pun jadik la. Ohh.. Not to forget, my husband memang tak pernah sampai ke Langkawi lagi. Masa kecik-kecik dulu ada la.. So, why not kan. ☺️

Kami bertolak dalam pukul 10 dari Penang Airport and sampai dalam pukul 10.30 macam tu. 20 minit je perjalanan. Sampai je Langkawi, kami terus call kereta sewa yang dah deal a week before. Memandangkan kami berdua, amik ajela viva kan.. Charge yang dikenakan untuk 3 hari adalah RM 160. Untuk 3 hari, mereka akan kira sebagai 48 jam. Which is setiap 24 jam = 1 hari RM 80. Memang semua akan dikira macam tu. 

Tempat pertama yang kami tuju lepas dapat kereta sewa adalah Padang Mat Cincang. Jom la kita naik cable car. Perasan gayat tu letak tepi la dulu. Hehe. Nasib kami agak baik sebab orang tak ramai. Tak perlu beratur panjang pun. Fuhh lega..Dah sampai kat puncak lepak lama sikit. Saja menghayati pemandangan ciptaan Allah. 



Next destination adalah check in hotel ! Hahaha. Untuk malam pertama kami menginap di Langgura Baron Resort, Pantai Cenang. Niat asal nak stay di Malibest resort tapi bilik yang best semua dah fully booked. Reservation adalah via booking.com. Bilik not bad, bersih. Yang paling penting sangat dekat dengan laut. 2 minit jalan dah jumpa laut. Malam-malam sangat happening la sebab bilik ni just opposite Cenang Mall. Nak cari makan pun sangat senang.
    Pantai ni just belakang bilik kami je.

Lepas dah berehat sekejap, kami decide nak pergi pekan Kuah. Nak cuci mata tengok coklat dan pinggan mangkuk. Memang dah aim pun nak angkut periuk vision 1 set. Hahaha. Kami survey satu kedai je, kedai Haji Ismail group yang baru buka tu la. Kat situ pun dah rambang mata. Dari pekan Kuah balik singgah makan kat cenang. Sempat la jalan kat tepi pantai kejap. Walaupun malam still ramai orang. Layan buskers kejap then balik bilik tido.