Monday 30 December 2013

Souvenirs - Singapore


Sambung balik cerita Singapore ok. So selepas buat beberapa siri bacaan dan research        (cheewah padahal type kat Google je pun. Thank you Google !), kebanyakkannya mengatakan bahawa kalau nak beli ole-ole or souvenirs, sila la beli di Chinatown. Sebagai GPS bagi trip kali ini, gigihla aku men-google pulak cara-cara nak pergi ke Chinatown. Naik mrt je, senang, pantas dan murah. Lagipun kan ada tourist pass, rugila kalau tak guna kan..




MRT yang berhampiran tempat tinggal kami berdua adalah di Nicoll Highway (yang warna pink tu). Untuk ke Chinatown (yang bulat hijau) kami kena tukar train di Dhoby Ghaut. Senang je kan. 



Inilah dia Chinatown, Singapore. Kebanyakkan kedai kat sini jual souvenirs. 90 % la kot kalau nak lebih saintifiik. Ada keychain, T-shirt macam-macam la lagi. Banyak pilihan ok. Kalau nak beli banyak, boleh bargain. Main target kami memang nak memborong pun, sebab kawan husband aku ramai yang memesan t-shirt. Kami dah stand-by siap-siap backpack senang nak bawa barang. Heee.

Bila dah sampai tempat shopping macam ni, gambar pun lupe nak tangkap. Sibuk nau membeli macam mak-mak. Hahaha. ampun..
Yang penting korang dah tau kat mana nak cari souvenirs murah kat Singapore kan. Tercapailah objektif aku. Hehe. Selamat bershopping !

Friday 6 December 2013

Singapore Part II

Hari kedua di Singapore di mulakan dengan lawatan ke Istana Kg Glam. Tak jauh pun dari tempat tinggal kami. Boleh jalan kaki je. Disebabkan hari ni hari jumaat, so jalan dekat-dekat dulu. Lepas solat Jumaat baru bole jalan jauh sikit.





Masuk kena bayar, tapi tak mahal mane pon. Berbaloi la masuk sini macam-macam info tentang malay di Singapore pada zaman-zaman dahulu. Muzium ni sangat interaktif dan moden, so korang tak sempat nak rase boring or menguap berkali-kali ( aku la tuh).


Korang bole la try aktiviti yang ade. Menarik jugak.




Kalau nak dikenang nasib Melayu di sana, sedih...Somehow, terjumpa sorang pakcik ni. Dia tanya dari mane? Bila jawab aje Malaysia dia pesan, " harap2 Malaysia tak jadi macam ni.."

 Ada mini cinema dalam ni. Waktu ni takde orang pon,so kami buat macam rumah sendiri. hehe.

 Lagu bahtera merdeka pun ade. Sayu je dengar.


 Buku-buku lama dalam bahasa Melayu.



abaikan my ehmm..ehmm..chubby face. hehe.


Kalau ada kelapangan visit la muzium ni. Rugi kalau tak singgah sebab kat sini la antara muzium warisan Melayu yang ada di Singapore.