Tuesday 15 September 2015

Jangan ke Lombok Part 1

Hari tu sambil tengok tv ada la sembang-sembang dengan hubby i'oll pasai tempat-tempat nak pegi vacay. Awal-awalnya nak pegi Bali tapi hubby kate why not kita try tempat yang orang jarang pegi lagi. Contoh macam boracay ka, bohol ka takpun lombok. Pling pling ( sound effect) LOMBOK macam best je. So ke Lombok la kita. Wehuuu.

Survey tiket masa airasia buat promo, untuk 2 orang return flight (KL - LOMBOK) RM 400 ++ rasenye. Ok la kot. Tapi ade je member baru ni booking tiket dapat lagi murah tapi travel next year. Ni ad hoc plan jadi layankan aje. 

Kami naik flight from PEN - KL a day before, and stay 1 malam di Tune Hotel KLIA2. Senang sebab esok nak catch flight pagi. Perjalanan ambil masa 3 jam. So we arrived in Bandara Lombok International at 11.45 a.m. Kami disambut oleh supir yang telah kami deal dari Malaysia lagi iaitu Pak Sahar. Sempoi Pak Sahar ni. Thumb ups la! 


First destination lepas landing mestila makan! Pak Sahar bawak kami berdua lunch dekat restoren yang dekat dengan airport. Antara restoren yang sedap katanya. Nasi Balap Puyung namanya. Kata Pak Sahar datang kat sini wajib try nasi balap puyung - nasi putih, ayam goreng dicarik-carik, sayur kacang panjang dan ubi disagat halus, digoreng garing. Sangat sedap tapi tapi tapi ade tapi ok, pedas bedesing. Fuhh! Pak Sahar suggest jugak order kangkung plecing - macam kerabu dan tauhu goreng. Tauhu kat lombok memang sedap & fresh, terbaik!

Lepas isi tank, baru syok jalan. Hehe. Destinasi seterusnya kami nak pegi Gili Trawangan untuk bermalam. Pak Sahar akan hantar ke Jeti untuk kami naik bot ke sana. Dari airport ke jeti ambil masa sejam setengah jugak la. 

Antara pekerjaan utama di Lombok adalah pertanian. Sepanjang perjalanan boleh nampak banyak ladang-ladang tanaman. Majoriti penduduk Lombok adalah Islam, so boleh nampak banyak masjid dibina di setiap kampung dan boleh dikatakan berdekatan jugak la. Sebab tu nama lain bagi Lombok ialah Pulau Seribu Masjid.



Dalam perjalanan tu terjumpa cowok ni meniaga tepi jalan. Tanya Pak Sahar cowok tu jual ape. Pak Sahar terus berhenti kereta and ajak kami try. Jomla kita. Rasa macam cendol, sedap! Murah pulak tu seringgit duit kita rasanya. Ke tak sampai. Tak ingat pulak.


Sampai kat jeti Pak Sahar pesan jangan beli tiket pada ulat. Beli terus di kaunter takut kena tipu. Tiket pula ada macam-macam ikut budget dan keselesaan. Paling murah naik macam bot tambang tu, bersesak sekali dengan ayam itik. Sederhana mahal pulak naik bot agak laju, tapi sedikit tenang dan tidak berebut. Paling mahal naik speed bot berdesup peginya dan lebih privacy. Ikut masing-masing la. Kami pilih yang sederhana mahal je, cukup selesa dah pun. Perjalanan dalam 15 - 20 minit. 

Sampai di Gili Trawangan, kami decide nak naik cidomo - gabungan cikar, dokar dan mobil. Gili trawang ni tak la besar mana tapi sebab kami pon tak sure hotel kami ni tang mana, so baikla naik cidomo aje. Oo lagi satu kat sini takda kenderaan bermotor langsung ok. Yang ada cuma cidomo dan basikal.


   Ok kita sambung next post ok. Tunggu..

No comments:

Post a Comment